Total Pageviews

Popular Posts

Saturday, June 09, 2012

9M2ZN Homebrew Single Paddle CW keyer

Cikgu Mazwan 9M2ZN adalah salah seorang high speed CW operator di Malaysia yang saya kenali. Saya sungguh kagum dengan kemahiran beliau dalam menghantar dan menerima isyarat CW dalam kelajuan yang sangat laju, sekitar 40wpm ke 50wpm. Jika anda monitor di 7.043MHz di waktu petang, anda bernasib baik jika dapat mendengar CW QSO nya bersama rakan di Alor Star iaitu Cikgu Rahman 9M2AR.

9M2AR telah melawat 9M2ZN di Kota Sarang Semut, Kedah. Di bawah adalah gambar homebrew single paddle keyer yang digunakan oleh 9M2ZN untuk menghantar high speed CW.


Menarik bukan ? bak kata 9M2AR, "It is not the key that count but the man behind it". Cikgu Mazwan boleh menghantar kod Morse dalam kelajuan yang tinggi tanpa sebarang kesalahan. Ragchewing menggunakan kod Morse memerlukan kemahiran yang tinggi, berbeza dengan DXing. Bukan sekadar mengejar stesyen yang jauh (DX), stesyen yang jarang ke udara (rare station) ataupun RST report. Ini adalah kerana ragchewing seolah-olah anda berbual dengan seseorang, tidak mengira apa tajuk. Anda tidak tahu apa soalan yang akan diajukan, topik yang akan dikeluarkan, tidak seperti DXing di mana soalan yang diajukan seolah-olah sama dalam semua QSO.

Lihat video di bawah, high speed CW QSO antara 9M2ZN dan 9M2AR.

No comments:

Post a Comment