ini adalah skematik satu dipole antenna separuh gelombang bersambung dengan unbalanced coaxial cable. Amalan yang bagus adalah dengan menyambung balanced dipole kepada unbalanced transmission line dengan satu balun.
bahagian yang bewarna biru adalah medan eletrik dan bahagian bewarna merah adalah medan magnet yang diradiasikan oleh antenna dipole.
dipole yang lebih pendek dari panjang gelombang selalunya dipanggil sebagai Hertzian, short, shorten, atau pun infinitesimal dipole. dipole yang pendek ini mempunyai kadar rintangan radiasi yang rendah dan kadar regangan yang tinggi menjadikannya tidak efisyen tetapi selalunya antenna sebegini yang digunakan pada gelombang yang panjang. dipole yang mempunyai panjang hanya separuh gelombang selalunya dipanggil dipole separuh gelombang atau pun half wave dipole merupakan salah satu antenna yang efisyen. dalam term kejuruteraan radio, dipole selalunya dipanggil bagi dipole separuh gelombang.
ramai orang memilih untuk menyuap dipole secara terus dengan satu coaxial cable berbanding dengan satu ladder line. bagaimanapun, coaxial cable sebenarnya tidak symmetrical menjadikannya bukan satu penyuap yang seimbang.ini adalah kerana bahagian luar coaxial cable itu sendiri bersambung dengan pembumian. apabila satu balanced antenna seperti dipole bersuap dengan satu suapan yang tidak seimbang, arusnya akan menjadikan coaxial cable itu untuk radiate disamping elemen antenna itu sendiri, maka radiation pattern akan terganggu. keadaan ini boleh diselesaikan dengan menggunakan balun.
pelbagai jenis balun boleh digunakan bersama dipole, samada current balun, coax balun ataupun sleeve balun.
dipole adalah jauh lebih bagus dari whip antenna, yang selalunya quarter wave monopole. jumlah radiasi yang terhasil dari dipole jauh lebih kuat dari satu antenna suku panjang gelombang. Oleh itu whip antenna memerlukan ground plane yang sempurna untuk memastikannya bekerja dengan lebih efisyen pada keadaan half space seumpama dipole pada free space, jauh dari permukaan yang konduktif seperti permukaan bumi.
No comments:
Post a Comment