Delta loop adalah satu multiband antenna yang senang dibuat dan toleran terhadap objek yang berdekatan. Ia boleh dipasang dalam pelbagai konfigurasi, dari mono band kepada multiband. Suapan dari tengah bawah memberi polariti berbentuk tegak. Kelebihannya berbanding dipole adalah sebanyak 2db.
Formula yang digunakan untuk mengira antenna ini adalah 1005 / frekuensi (mhz), satu 4:1 balun diperlukan untuk menjadikannya multiband antenna atau pun satu kabel 75 ohm suku panjang gelombang dipasang pada 50 ohm kabel penyuap akan menjadikannya monoband antenna. 4:1 balun digunakan kerana nilai impedance antenna ini adalah lebih kurang 90 ke 112 ohm.
Keperluan:
- wayar cooper yang berinsulator ( wayar eletrik rumah )
- panjang wayat lebih kurang 141 kaki (40 meter band)
- 4:1 balun / kabel 75 ohm sebagai matching stub
- 50 ohm RG58 sebagai penyuap
oleh kerana dimensinya yang lebih besar maka kadar radiation efficiency bertambah berbanding dengan satu dipole separuh gelombang. loop ini boleh dipasang dalam pelbagai kedudukan, tetapi perlu diingat. setiap kedudukan menghasilkan polariti, gain, pattern, take off angle yang berbeza.
contoh kedudukan delta loop
kedudukan yang berbeza menghasilkan pattern radiasi yang berbeza. angle yang tinggi sesuai untuk local communication manakala low angle bagus untuk DX contact.
No comments:
Post a Comment