Total Pageviews

Popular Posts

Sunday, October 16, 2011

Break Atau Mayday ?

  Oleh kerana ramai radio amatur di Malaysia mengatakan bahawa "break" adalah untuk distress call. Mari kita bercerita tentang penggunaan break dan mayday di dalam prosidur suara radio amatur.

Tahukah anda,

menurut "THE EMERGENCY COORDINATORS MANUAL" yang telah diedit oleh Steven WV1X dan telah dipublish oleh American Radio Relay League (ARRL) mengatakan bahawa,

16) The word “break” is never used UNLESS there is an emergency. Otherwise, use your call letters to gain access to the net.

Note: The practice of using “BREAK” or “BREAK BREAK” to announce distress traffic should be strongly discouraged; it has no universally understood meaning. Always use the international standard “MAYDAY” or universally understood “EMERGENCY” to announce traffic of life-ordeath importance. The standard CW signal is “SOS,” sent as a single character—not spaced as three letters.

baca dan fahami perenggan ini, adalah break itu orang yang dalam kecemasan melibatkan nyawa ataupun orang yang mem-break-kan perbualan untuk mencelah masuk ? atau lain-lain.

jika anda membaca perenggan paling bawah atau footnote manual itu, tercatat bahawa

amalan menggunakan "break" atau "break-break" dikala kecemasan yang melibatkan nyawa adalah tidak disarankan sama sekali kerana ia tidak mengandungi maksud yang tidak difahami oleh semua orang. standard antarabangsa seperti "mayday" mesti digunakan untuk mengumumkan trafik kecemasan yang melibatkan nyawa.

DAPATKAH ANDA MENILAI  SESUATU MESEJ ITU SAMADA BERKEUTAMAAN TINGGI, KECEMASAN ATAU KECEMASAN MELIBATKAN NYAWA ? ADAKAH SALAH JIKA SATU STATION MENCELAH DENGAN "BREAK" SEMATA UNTUK BERTANYA DAN INGIN MENDAPATKAN JAWAPAN DENGAN SEGERA ? KENAPA ANDA MENYEBUT "SILAKAN BREAKER, GO AHEAD BREAKER" JIKA ADA STATION YANG MENCELAH MASUK , SEBAGAI CONTOH: "CONTACT, CONTACT" (INGAT: MENYEBUT CONTACT ADALAH TATATERTIB YANG TIDAK BETUL) ? KENAPA ANDA TIDAK SEBUT "SILAKAN ORANG YANG MENGUMUMKAN KECEMASAN ATAU ORANG YANG DALAM KECEMASAN" ? ANDAIKATA ANDA FIKIR YANG "BREAK" ITU ADALAH UNTUK KECEMASAN YANG MELIBATKAN NYAWA ?

tiada ayat yang mengatakan penggunaan "break" adalah mandatori untuk kecemasan yang melibatkan nyawa dalam prosidur suara dan tiada ayat mengatakan bahawa "BK" adalah mandatori untuk kecemasan yang melibatkan nyawa dalam prosidur morse.

oleh itu, elakkan dari menggunakan perkataan yang akan mengelirukan orang lain, gunalah bahasa ringkas dan jelas. Jikalau terjadi kecemasan yang berkeutamaan rendah, tidak melibatkan nyawa lebih baik breaking in dengan break atau callsign sahaja. radio amatur seharusnya berfikiran terbuka, dan tidak berpaut pada pegangang atau catatan orang lain yang bukan dari mana-mana wakil atau institusi yang disahkan seperti IARU dan juga ITU. Ada di antaranya rajin menulis manual dan juga tatatertib prosidur suara, sebagai radio amatur yang sentiasa kelaparan ilmu dan juga pengalaman, kita semestinya berfikir ketika berlakunya sesuatu keadaan dan tidak boleh melatah serta taksub akan sesuatu perkara. jika anda 9W, jangan mudah percaya kepada setiap ungkapan dari 9M, tidak semestinya apa yang keluar dari mulut 9M itu betul mengikut prosidur ataupun tatacara dari IARU atapun ITU. kita seharusnya mengambil dalam untuk mengkaji setiap apa yang kita baca dan jangan terimanya bulat-bulat dan terus taksub. tepuk dada tanya selera.

di dalam singkatan morse code, break atau BK membawa maksud, berhenti seketika dalam penghantaran mesej selalunya digunakan untuk mencelah,  atau ingin mendapatkan jawapan dengan segera. jika anda pernah beroperasi CW di 20 meter band, anda akan mendengar ada station yang akan menjawab CQ call anda dengan BK DE ______ . bukanlah bermaksud kecemasan ataupun distress call. jika anda taksub dengan perkataan break, break ini, cuba fikirkan kembali jikalau anda di dalam kecemasan dan anda menghantar morse code, BK BK BK DE 9W2XXX, adalah station yang lain akan faham ?

what you eat is what you are, apa yang anda baca akan membentuk diri anda sekarang. oleh itu pilih dan banding lah jika hendak membaca atau dengar.

adalah lebih elok jika berlakunya kecemasan, kita semua menggunakan bahasa atau perkataan yang mudah difahami oleh semua orang termasuk mereka yang bukan operator radio amatur. tidak menjadi kesalahan sebagai contoh, "INI ADALAH PANGGILAN KECEMASAN". kerana objektifnya panggilan kecemasan adalah untuk memohon untuk bantuan kecemasan yang bukan melibatkan nyawa seperti sesat jalan, tayar pancit  dan bukanlah untuk bergaya dalam bercakap ataupun menarik perhatian orang lain tanpa motif.

jika anda mendengar panggilan kecemasan, anda haruslah terus menuju kepada pemanggil tersebut dan jangan melengahkannya. jangan sesekali berkata, "station yang dalam kecemasan sila tunggu sebentar, kerana saya ini ragchew dengan rakan karib saya".

station yang mendengar haruslah berhenti dari memancar, dan jangan masuk jika anda tidak diperlukan. jika relay station diperlukan, anda boleh masuk mengikut prosidur. pada masa kecemasan, amalan dan praktikal KEEP IT SHORT AND SIMPLE adalah mustahak, kerana kita tidak tahu mungkin dalam masa satu saat boleh berlaku kemusnahan ataupun kematian.

dalam bentuk operasi suara, jika anda memanggil untuk panggilan kecemasan, gunakanlah standard antarabangsa iaitu "MAYDAY", ini adalah panggilan kecemasan yang melibatkan nyawa.

dalam operasi morse code ataupun CW, anda mesti menghantar "SOS" sebagai satu karakter, bukan S O S, tetapi SOS. tiada spacing atau ruang di antara ketiga huruf. jika anda menghantar "BK BK BK DE 9M2___", adakah satu dunia faham apa yang anda cuba sampaikan ?

No comments:

Post a Comment